Ingin Menjadi Seorang Anggota TAPOPS?
Jom Sertai Kumpulan WhatsApp SferaB

Sertai Sekarang!

Kedudukan Terkini!


Terbaik!

Sunday 28 October 2018

Ketahui Pemenang Cipta Lirik di Sini!

Tempat pertama Cipta Lirik Jatuh kepada:
BGF (Boboiboy Galaxy Fans) B0014
Anggota :
A0121 Kuroha
A0127 Azmeer
A0128 Asri
A0129 Byla

Tema : Perjuangan
Tajuk : Ayo !

[Verse]
Suatu hari dalam mimpi
Aku bertemu dengan sebuah cabaran
Di sana aku dan kau
Bersama sama

Lalalalala

Menghadapi dugaan
Perjuagan ini perlu diteruskan

[Chorus]
Ayo Boboiboy !
Bersama sama kita lalui semua cabaran
Jangan pernah menyerah
Kita pasti bisa melakukan yang terbaik

Ayo Boboiboy !
Bersama mu aku di sini menuju ke arah matahari
Jangan terus bersedih
Kita pasti akan menemukan kemenangan

Uwoo uwoo

[Bridge]
Semua cabaran
Pasti akan datang... Uwooo uwooo
Jangan kau menyerah
Aku di sini untukmu..... Uwoooo

[Chorus]
Ayo Boboiboy !
Bersama sama kita lalui semua cabaran
Jangan pernah menyerah
Kita pasti bisa melakukan yang terbaik

Ayo Boboiboy !
Bersama mu aku di sini menuju ke arah matahari
Jangan terus bersedih
Kita pasti akan menemukan kemenangan

Uwoo uwoo

Ayo Boboiboy !
Bersama kita berani melangkah ke hadapan
Jangan pernah menyerah
Kita pasti bisa melakukan yang terbaik

Uwo uwo uwo uwo uwo uwo

[OUTRO]
Bersama kita lakukan yang terbaik !

Terbaik !

Tempat Kedua pulak jatuh kepada kumpulan:
LAKSAMA A.I.S.H

INI LIRIKNYA:
LAKSAMA A.I.S.H(Laksamana Boboiboy)
B0015
Anggota:
A0131 Hang Iqbal
A0101 Galaxsi
A0123 Salihin
A0039 Kaizo

Tajuk: Perwira Tapops
Tema: persahabatan

(Verse1)
Unggulnya kita bukan biasa
Unggulnya kita berjiwa perkasa
Gah persis perwira

(Verse 2)
Semangat kita semangat waja
Hasilnya dari kuasa yang sakti
Ochobot yang beri

(Pre-chorus)
Yaya ying gopal dan fang
Teman setia perjuangan
Lahirlah legenda kuasa elemental

(Chorus)
Boboiboy dan kawan2
Superhero hebat
Penyelamat power sfera

Boboiboy dan kawan2
Anggota tapops
Pastinya juara
Terbaik!!!

Dan Tempat ketiga jatuh kepada:
*Tajuk:Mengapa*
Tema : Sedih, Perpisahan

[Verse]
Ku tidak mempercayai,
Engkau berlalu pergi,
Kau tinggalkan diri ini,
Hidup seorang diri

Mengapa ku,
Tak bisa melupakan kamu,
Ku tidak menyangkakan,
Kau pergi dari hidupku

*[Chorus]*
Yaya,
Mengapa kau berbuat sebegini,
Terhadapku,
Apakah yang telah ku lakukan,
Terhadapmu,
Sehingga kau sanggup melupakan cinta kita.

Nama team:Kaizofang

Nama ahli:
1)Naz(A0028)
2)Mr.Secret(A0002)
3)Minsay(A0071)
4)Ernesti(A0076)

TERIMA KASIH KERANA MELIHAT ARTIKEL SAYA.SEMOGA BERMANFAAT.

Sunday 30 September 2018

Info Tapops:Boboiboy Daun

Boboiboy Daun merupakan kuasa elemental pertama selepas thorn keluar dari Boboiboy The Movie.Boboiboy Daun ini telah ada di Planet Gurunda selepas boboiboy menggembara di planet tersebut untuk mendapatkan Power Sfera Bellbot.
Boboiboy Daun ini telah mengalahkan Kapten Lanun tersebut.
Antara kuasa² boboiboy ini ialah Ketupat Lipat,Daun gatal² dan banyak lagi.
Terima kasih kepada anda yang membaca artikel ini.Semoga anda tetarik dengan artikel saya.Bye Assalamualaikum.

Monday 10 September 2018

Pengembaraan di alam songsang

   PENGEMBARAAN DI DUNIA SONGSANG

  Di suatu pagi yang hening di markas TAPOPS,Boboiboy dan rakan-rakannya pergi ke perpustakaan TAPOPS untuk menimba ilmu tentang power sfera yang ada di seluruh galaksi.Setelah sampai,mereka terus memulakan pembacaan buku.Setelah 2 jam berada di perpustakaan,Gopal berasa sangat bosan dan mengajak Boboiboy,Ying,Yaya,Gopal dan Fang untuk keluar dari perpustakaan tetapi mereka menolak ajakan Gopal dan meneruskan bacannya.Gopal berasa sangat hampa lalu dia berjalan-jalan di dalam perpustakaan untuk mencari buku yang menarik dan tidak membosankan baginya.Gopal memasuki kesemua lorong rak buku dan membelek buku-buku yang ada di dalam perpustakaan TAPOPS.Tetapi buku-buku tersebut sangat membosankan."Power sfera,sejarah TAPOPS,galaksi,power sfera,sejarah TAPOPS,galaksi.Aih,takde buku lain ke yang ada kat dalam perpustakaan ini macam buku cerita kartun ke cerita lawak ke.Ini power sfera,power sfera,power sfera",kata Gopal dengan perlahan.

    Kemudian,Gopal meneruskan pencariannya hingga ke hujung lorong rak buku di dalam perpustakaan.Ketika di hujung lorong rak buku tersebut,Gopal masuk dan membelek buku-buku yang ada di lorong itu.Kemudian,Satu cahaya emas terpancar di atas rak buku tersebut.Lalu  Gopal terus mengambil buku tersebut tanpa melihat persekitarannya.Setelah mengambil buku itu,Gopal bergegas ke arah rakan-rakannya yang sibuk membaca buku lalu menunjukkan buku yang diambilnya sebentar tadi.Kemudian,Boboiboy memiup habuk-habuk pada buku aneh tersebut lalu terpaparlah tajuk buku tersebut.Mereka berlima dengan serentak membaca tajuk buku itu "PENGEMBARAAN DI ALAM SONGSANG",lalu Boboiboy bertanya kepada Fang adakah dia tahu apa-apa tentang buku itu.Fang hanya menggelengkan kepalanya sambil melihat buku tersebut."Eh boboiboy,cuba kau bukak buku tu",kata Gopal kepada Boboiboy,kemudian Ying tak benarkan bukak bukak kerana kita tidak tahu apa-apa isi kandugan buku ini.Yaya setuju dengan kata-kata Ying kerana dia tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku.Boboiboy dengan rasa ingin tahu terus membuka isi kandungan buku itu tanpa mempedulikan nasihat Ying dan Yaya.Setelah membuka buku itu,Mereka berlima berasa pelik kerana di dalam buku itu terdapat satu butang merah yang diatasnya tertulis "MARILAH SERTAI KAMI".Tanpa ragu-ragu Gopal dengan laju menekan tombol butang itu.Boboiboy,Ying,Yaya dan Fang tidak sempat untuk menghalang Gopal daripada menekan tombol butang itu.Setelah Gopal menekan tombol tersebut satu pancaran cahaya bewarna emas daripada buku tersebut terpantul ke arah mereka lalu mereka berlima dengan tiba-tiba disedut masuk ke dalam buku itu.

    Kemudian,mereka tiba di suatu bilik yang agak besar.bilik itu berbentuk segi empat sama di mana dinding dan lantai bilik itu bewarna putih suci,mereka berlima berasa kebingunan sambil mencari jalan keluar dari tempat ini.Ketika mencari jalan keluar,Fang melihat di penjuru dinding belah timur bilik itu terdapat beberapa kepingan gambar dan di terkejut apabila melihat gambar seseorang yang dia atas sekali.Lalu Fang terus memanggil rakan-rakannya untuk melihat gambar tersebut.Maka Boboiboy,Yaya,Ying dan Gopal bergegas ke arah Fang dan bertanya,"kenapa Fang?!".Fang menyuruh mereka melihat gambar yang di atas sekali dan mereka semua menunjukkan reaksi muka yang sangat terkejut sambil berkata "TOK ABA?!!".Kemudian muncul satu suara yang datang dari satu tempat yang berbentuk macam sebuah pentas bertingkat di dinding barat bilik.Mereka berlima melihat seorang lelaki tua yang yang berdiri di atas pentas tingkat dua sambil memegang tongkatnya.Mereka berlima sekali lagi terkejut dan menjerit "TOK ABA??!!!".Lalu orang tua itu memperkenalkan dirinya,tidak sempat untuk memperkenalkan dirinya Gopal "TOK ABA??!!!".Lelaki tua itu berasa bengang lalu menjerit "NAMA AKU TOK ABU BUKAN TOK ABA!!",kemudian mereka berlima berasa menggigil ketika lelaki tua itu yang mirip macam tok aba tersebut menjerit dengan begitu kuat sekali.Lalu,orang tua itu kembali bertenang dan berucap semula,"Hai anak-anak muda sekalian,selamat datang ke dunia songsang.Di sini anda perlu lepasi tiga tahap untuk keluar dari permainan dunia songsang ini.Tahap pertama ialah Uji Minda,tahap kedua pula ialah Uji Ketajaman manakala tahap ketiga ialah Uji Keberanian.Setiap tahap anda diberikan tiga kali percobaan sahaja.Ingat,jika kalian tidak lepas permainan ini kalian akan terperangkap di dunia ini buat selama-lamanya".Setelah itu,Tok Abu tiba-tiba hilang disebalik kabus yang berada di atas pentas tersebut.Lalu,tiba-tiba muncul satu pintu di hadapan mereka dan terbuka dengan sendirinya."Mungkin pintu itu membawa kita ke tahap pertama",kata Yaya kepada rakan-rakannya.Lalu mereka semua mengangguk dan terus keluar dari bilik besar itu.

Sementara di markas TAPOPS,Kokochi dan Ochobot sibuk mencari Boboiboy,Ying,Yaya,Gopal dan Fang yang tidak muncul sejak pagi tadi.Sepatutnya mereka berlima perlu menjalani latihan bersama Komander Acici.Namun batang hidung mereka pun tidak kelihatan.Kemudian,salah seorang tukang cuci memberitahu Kokochi bahawa dia melihat Boboiboy dan rakan-rakan pergi ke perpustakaan pagi tadi.Lalu,Kokochi dan Ochobot bergegas ke perpustakaan TAPOPS.Setibanya mereka di perpustakaan,kelibat mereka berlima tidak ada namun yang ada cumalah sebuah buku yang diletakkan di atas sebuah meja.Kokochi dan Ochobot berjalan ke arah buku tersebut dan berasa janggal apabila melihat buku tersebut kerana mereka tidak pernah melihat buku tersebut sepanjang berada di markas TAPOPS.Kemudian,Kokochi memanggil Laksamana Tarung untuk mengenalpasti buku tersebut.Selang beberapa minit,Laksamana pun tiba dan bertanya kepada Kokochi mengapa beliau memanggilnya.Lalu,Kokochi menunjukkan buku tersebut kepada Laksamana Tarung sama ada di tahu akan tentang buku tersebut atau tidak.Setelah melihat buku tersebut dengan teliti,Laksamana Tarung begitu terkejut kerana buku yang selama ini disorokkan sudah dijumpai.Ochobot bertanya kepada Laksamana buku apakah itu.Lalu,Laksamana menceritakan sejarah buku itu.Setelah Laksamana Tarung menceritakan sejarah buku tersebut.Mereka semua begitu terkejut dan kaku."Sekarang kita berharap mereka berjaya melepasi ketiga-tiga tahap dunia songsang tersebut".

Dibuat oleh Nick

Tuesday 28 August 2018

Info Tapops:BoBoiBoy Angin

Angin merupakan kuasa elemental kedua yang muncul. Selalunya Angin digunakan untuk menepis semua serangan musuh. Boboiboy Angin memang tidak sepantas Boboiboy Petir, tetapi dia hebat dalam pertahanan dan mematahkan semua pertahanan musuh.

Angin adalah watak paling ceria sama seperti Daun. Dia sentiasa santai dengan caranya sendiri seperti yang dilihat sering menampakkan senyuman di mukanya. Namun dalam pertempuran, dia juga sering bermain-main. Kecacatan Angin ialah dia tidak tahu bila waktunya untuk senang dan serius seperti dalam episod ketika dia makan bahan kimia yang tercemar biskut.

Friday 24 August 2018

Avatar: Makcik Wawa


Avatar: Mama Zila


Avatar: Shielda


Avatar: Ying


Avatar: Yaya


Avatar: Sai


Avatar: Kaizo


Avatar: Gopal


Dikuasakan Oleh

Hubungi Kami


sferabservices@gmail.com
close