Saturday 4 August 2018

Info Tapops:Boboiboy Petir



Petir merupakan kuasa elemental Boboiboy yang pertama kali muncul. Boboiboy Petir merupakan yang terpantas, kerana kepantasannya yang tinggi membuatnya mahir dalam berlawan. Tetapi Boboiboy Petir mempunyai pertahanan yang agak lemah, kerana pedang petirnya yang kadangkala mudah patah.

Penampilan BoBoiBoy Petir hampir sama dengan BoBoiBoy yang asal iaitu baju berwarna jingga dan zip bentuk petir. Tetapi birai topinya menghadap ke hadapan dan zip jaketnya hanya separuh. Lengannya dilipat sehingga hampir ke pergelangan tangan. Dalam Musim Kedua, penampilannya sedikit berubah iaitu Boboiboy Petir memakai jaket yang berzip penuh, dibelakangnya ditambah hood. Boboiboy Petir juga memakai kasut yang saiz lebih besar dan warna campuran. Penampilan Boboiboy Petir sekali lagi berubah dalam Boboiboy Galaxy iaitu topinya kini berwarna kuning. Baju yang dipakainya berkolar ala-ala jaket dan memakai sepasang sarung berwarna hitam di pergelangan tangannya. Boboiboy Petir mengenakan seluar berwarna kelabu dan warna kasutnya telah berubah kepada putih dan kelabu.

5 comments:
Write comments

close