Monday 10 September 2018

Pengembaraan di alam songsang

   PENGEMBARAAN DI DUNIA SONGSANG

  Di suatu pagi yang hening di markas TAPOPS,Boboiboy dan rakan-rakannya pergi ke perpustakaan TAPOPS untuk menimba ilmu tentang power sfera yang ada di seluruh galaksi.Setelah sampai,mereka terus memulakan pembacaan buku.Setelah 2 jam berada di perpustakaan,Gopal berasa sangat bosan dan mengajak Boboiboy,Ying,Yaya,Gopal dan Fang untuk keluar dari perpustakaan tetapi mereka menolak ajakan Gopal dan meneruskan bacannya.Gopal berasa sangat hampa lalu dia berjalan-jalan di dalam perpustakaan untuk mencari buku yang menarik dan tidak membosankan baginya.Gopal memasuki kesemua lorong rak buku dan membelek buku-buku yang ada di dalam perpustakaan TAPOPS.Tetapi buku-buku tersebut sangat membosankan."Power sfera,sejarah TAPOPS,galaksi,power sfera,sejarah TAPOPS,galaksi.Aih,takde buku lain ke yang ada kat dalam perpustakaan ini macam buku cerita kartun ke cerita lawak ke.Ini power sfera,power sfera,power sfera",kata Gopal dengan perlahan.

    Kemudian,Gopal meneruskan pencariannya hingga ke hujung lorong rak buku di dalam perpustakaan.Ketika di hujung lorong rak buku tersebut,Gopal masuk dan membelek buku-buku yang ada di lorong itu.Kemudian,Satu cahaya emas terpancar di atas rak buku tersebut.Lalu  Gopal terus mengambil buku tersebut tanpa melihat persekitarannya.Setelah mengambil buku itu,Gopal bergegas ke arah rakan-rakannya yang sibuk membaca buku lalu menunjukkan buku yang diambilnya sebentar tadi.Kemudian,Boboiboy memiup habuk-habuk pada buku aneh tersebut lalu terpaparlah tajuk buku tersebut.Mereka berlima dengan serentak membaca tajuk buku itu "PENGEMBARAAN DI ALAM SONGSANG",lalu Boboiboy bertanya kepada Fang adakah dia tahu apa-apa tentang buku itu.Fang hanya menggelengkan kepalanya sambil melihat buku tersebut."Eh boboiboy,cuba kau bukak buku tu",kata Gopal kepada Boboiboy,kemudian Ying tak benarkan bukak bukak kerana kita tidak tahu apa-apa isi kandugan buku ini.Yaya setuju dengan kata-kata Ying kerana dia tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku.Boboiboy dengan rasa ingin tahu terus membuka isi kandungan buku itu tanpa mempedulikan nasihat Ying dan Yaya.Setelah membuka buku itu,Mereka berlima berasa pelik kerana di dalam buku itu terdapat satu butang merah yang diatasnya tertulis "MARILAH SERTAI KAMI".Tanpa ragu-ragu Gopal dengan laju menekan tombol butang itu.Boboiboy,Ying,Yaya dan Fang tidak sempat untuk menghalang Gopal daripada menekan tombol butang itu.Setelah Gopal menekan tombol tersebut satu pancaran cahaya bewarna emas daripada buku tersebut terpantul ke arah mereka lalu mereka berlima dengan tiba-tiba disedut masuk ke dalam buku itu.

    Kemudian,mereka tiba di suatu bilik yang agak besar.bilik itu berbentuk segi empat sama di mana dinding dan lantai bilik itu bewarna putih suci,mereka berlima berasa kebingunan sambil mencari jalan keluar dari tempat ini.Ketika mencari jalan keluar,Fang melihat di penjuru dinding belah timur bilik itu terdapat beberapa kepingan gambar dan di terkejut apabila melihat gambar seseorang yang dia atas sekali.Lalu Fang terus memanggil rakan-rakannya untuk melihat gambar tersebut.Maka Boboiboy,Yaya,Ying dan Gopal bergegas ke arah Fang dan bertanya,"kenapa Fang?!".Fang menyuruh mereka melihat gambar yang di atas sekali dan mereka semua menunjukkan reaksi muka yang sangat terkejut sambil berkata "TOK ABA?!!".Kemudian muncul satu suara yang datang dari satu tempat yang berbentuk macam sebuah pentas bertingkat di dinding barat bilik.Mereka berlima melihat seorang lelaki tua yang yang berdiri di atas pentas tingkat dua sambil memegang tongkatnya.Mereka berlima sekali lagi terkejut dan menjerit "TOK ABA??!!!".Lalu orang tua itu memperkenalkan dirinya,tidak sempat untuk memperkenalkan dirinya Gopal "TOK ABA??!!!".Lelaki tua itu berasa bengang lalu menjerit "NAMA AKU TOK ABU BUKAN TOK ABA!!",kemudian mereka berlima berasa menggigil ketika lelaki tua itu yang mirip macam tok aba tersebut menjerit dengan begitu kuat sekali.Lalu,orang tua itu kembali bertenang dan berucap semula,"Hai anak-anak muda sekalian,selamat datang ke dunia songsang.Di sini anda perlu lepasi tiga tahap untuk keluar dari permainan dunia songsang ini.Tahap pertama ialah Uji Minda,tahap kedua pula ialah Uji Ketajaman manakala tahap ketiga ialah Uji Keberanian.Setiap tahap anda diberikan tiga kali percobaan sahaja.Ingat,jika kalian tidak lepas permainan ini kalian akan terperangkap di dunia ini buat selama-lamanya".Setelah itu,Tok Abu tiba-tiba hilang disebalik kabus yang berada di atas pentas tersebut.Lalu,tiba-tiba muncul satu pintu di hadapan mereka dan terbuka dengan sendirinya."Mungkin pintu itu membawa kita ke tahap pertama",kata Yaya kepada rakan-rakannya.Lalu mereka semua mengangguk dan terus keluar dari bilik besar itu.

Sementara di markas TAPOPS,Kokochi dan Ochobot sibuk mencari Boboiboy,Ying,Yaya,Gopal dan Fang yang tidak muncul sejak pagi tadi.Sepatutnya mereka berlima perlu menjalani latihan bersama Komander Acici.Namun batang hidung mereka pun tidak kelihatan.Kemudian,salah seorang tukang cuci memberitahu Kokochi bahawa dia melihat Boboiboy dan rakan-rakan pergi ke perpustakaan pagi tadi.Lalu,Kokochi dan Ochobot bergegas ke perpustakaan TAPOPS.Setibanya mereka di perpustakaan,kelibat mereka berlima tidak ada namun yang ada cumalah sebuah buku yang diletakkan di atas sebuah meja.Kokochi dan Ochobot berjalan ke arah buku tersebut dan berasa janggal apabila melihat buku tersebut kerana mereka tidak pernah melihat buku tersebut sepanjang berada di markas TAPOPS.Kemudian,Kokochi memanggil Laksamana Tarung untuk mengenalpasti buku tersebut.Selang beberapa minit,Laksamana pun tiba dan bertanya kepada Kokochi mengapa beliau memanggilnya.Lalu,Kokochi menunjukkan buku tersebut kepada Laksamana Tarung sama ada di tahu akan tentang buku tersebut atau tidak.Setelah melihat buku tersebut dengan teliti,Laksamana Tarung begitu terkejut kerana buku yang selama ini disorokkan sudah dijumpai.Ochobot bertanya kepada Laksamana buku apakah itu.Lalu,Laksamana menceritakan sejarah buku itu.Setelah Laksamana Tarung menceritakan sejarah buku tersebut.Mereka semua begitu terkejut dan kaku."Sekarang kita berharap mereka berjaya melepasi ketiga-tiga tahap dunia songsang tersebut".

Dibuat oleh Nick

No comments:
Write comments

close